Monday, July 9, 2012

Hari koperasi dan karnival bacaton

Hey assalamualaikum,

Korang apa khabar? Kalau sihat alhamdulillah. Hmm aku tak berapa sihat sangat, batuk, selsema, sakit tekak, and baru je baik demam :/ Ok harini aku nak cerita 3 hari terus, khamis, jumaat, sabtu. So selamat membaca :3

Khamis, 5 Julai 2012,

Time ni act kitorang ambik gambar untuk senior page tau. So ada sorang budak kelas aku ni bawak camera. Then satu hari tu kitorang tak belajar, dengan aku tengah demam nya kan. Mula mula aku sorang lepak luar sebab kepala dah pening gila. Last last hambik kau semua keluar menyibuk. Serious banyak gila gambar kitorang ambik.





Gambar senior page nak ambik lepas kelas tambahan, sebab ada yang dapat ada yang tak so tepaksa tunggu semua ada. Then ambik gambar banyak gila babs ah, balik pukul 4 kot kitorang. Sumpah gambar tu semua lawak gila. Semua sporting gila doh, seronok je.








Jumaat, 6 Julai 2012,

Time ni gerai untuk hari koperasi dah start bukak dah. Sampai sampai je aku terus pergi gerai pengawas bagi air yang aku bawak then lepak japs. Fuhhhhh sumpah meriah siak gerai pengawas. Then naik atas jap. Act time ni aku tengah demam teruk gila. Malam tu siap tak boleh bangun kot. Tapi sampai sekolah je terus cam ok sikit. Parents aku tak kasi pergi sekolah tapi menak aku duduk rumah, baik pergi sekolah lagi best :3

Cikgu bagi kitorang rehat dalam 1 jam 20 minit. Tu pun cam tak cukup je aku rasa. Lepas ronda ronda dekat gerai, beli makanan, beli air, kitorang naik kelas balik lepak dalam kelas sampai lah balik. Belajar addmath je kot, tu pun cam santai je sebab ramai takde.

Then esoknya pulak birthday cha, heh mmg nak kena lah kan dia tu. Aku dah siap bawak tepung bagai. Lepastu beli snow spray lagi, wuuu gempak beb. Lol. Tapi yg tak tahannya kan, kitorang panggil dia taknak keluar sekolah. Kitorang masuk dia siap pergi nyorok lagi. Amboii pandai ye kau. Then disebabkan orangnya takde, kitorang buat kek dekat motor dia :3

Tadaaaaaaaaaaa!


Hahahahaha lawa en motor dia? Haa tu lah lari lagi, padan muka muahahahahahahahaha *evil laugh* Ok lepas dah buat kek kat motor baru lah dia keluar....Then apa lagi hehehehehehehehehe semua berkejaran pergi dekat dia. Hahahahahahahahaha sumpah dia putih gila babs, dengan snow spray tu lagi. Hahahaha finally, jadi jugak apa yang aku plan. Ngeheheheh mmg aku yg plan act :p Wuuuuu lepas dah teruk gila cha kena, last last diorang attack aku pulak, cibais betul -____- asyik aku je kena. Time birthday aku kena, time birthday yoon pun aku kena, birthday cha pun aku kena. Bebekkkkkk!!








Sabtu, 7 Julai 2012,

Harini hari kemuncak dia. Macam macam ada. Gerai makanan, ada jual baju, rantai, gelang, topeng hantu lah sumpah banyak gila gerai. Tapi paling best dekat gerai pengawas lah. Semua budak budak pesona lepak situ. Sampai orang ingatkan tu gerai kitorang kot, lol





Comel tak baju kelas kitorang? Lol. Sangat comel bila semua pakai. Huuuuu sayang korang sangat sangat. Ingatkan ada yg tak pakai tau, tengok tengok semua pakai mmg tak gempak ah cite dia kan. Well 5 pesona memang sentiasa awesome okay? Tengok lah ni kitorang sangat happening :3






Then lepas dah bosan kitorang ke rumah hantu. Ok sumpah cam cibai weh beg aku tercabut, pin tercabut, selipar tertanggal. SERONOK SANGAT!! Pin dgn selipar tu aku tak kisah sangat, yg aku kisah sekarang beg aku tu siapa nak ganti? Sumpah cam asdfghjkl!!!!!





Lepas masuk rumah hantu kitorang pergi gerai pengawas balik, tengok tengok diorang semua tengah main snow spray tu. Pehhhh sikit aku kena. Duduk diam sikit kena, sabar je lah u__u Aku balik dalam pukul 1.30 mcm tu ah sebab nak gerak kenduri kakak Raffy.

Penat gilak balik tu terus siap nak pergi kenduri. Kelam kabut ah gosok baju bagai fuhhh, tak sempat nak duduk langsung. Kenduri dekat dewan mbsa so aishah ambik aku naik motor. Lama gila lepak sana, nak dekat 2 jam kot aku rasa. Aku act mula mula cam malas gila nak balik, tapi sebab erm erm ada lah sebabnya kan. Aku terus ajak aishah balik :3 



Balik tu pulak terus siap pergi puchong sebab ada birthday party. Fuhhh penat wehh. Tapi seronok, ngehngeh. Sikit tau kek aunty aku beli. Baskin robbins ice cream cake, tiramisu cake dgn blueberry cheese cake. Aku pun main bantai makan semua lol :3 Balik rumah pukul 10 malam then terus tidur. K that's all for today, night :)








Kalau suka sila lah like , thank you :)