Saturday, June 16, 2012

Pra Ramadhan dan Syawal :)

Hey assalamualaikum,

Yesterday was a great day ever! Kitorang sambut birthday guru kelas kitorang dekat rumah Afiqah. Cikgu call it as Pra Ramadhan dan Syawal :3 Sumpah balik sekolah tu aku rushing gila sebab kek aku tak letak topping lagi u.u kelam kabut aku bukak google semua cari recipe, lol.

Then dalam pukul 3 maybe, Aishah call aku tanya aku kat mana. Time tu baru lepas siap letak topping, aku pun tak siap lagi. Aishah tanya nak dia ambik ke tak, tapi aku cakap ayah aku nak hantar sbb dia nak keluar dah. Tapi tetiba ayah cakap tunggu kejap, behhh -__- terus aku call aishah balik suruh ambik.

Time tengah tunggu aishah tu tetiba cikgu Laili call, dia mintak nombor yoon. Lepastu aishah sampai, dia cakap takyah bagi sebab kitorang boleh pergi ambik cikgu. Then pergi hantar kek jap, pastu terus gerak pergi sekolah. Jumpa cikgu depan bus stop, then cikgu suruh aku pergi beli ice. Aku bgtahu cikgu kat mana rumah afiqah, pastu terus pergi beli ice.










Lepas dah complete 31 orang termasuk cikgu, kitorang semua masuk dalam. Then borak borak dgn cikgu jap. Kitorang sediakan tempat duduk special untuk cikgu, pastu cikgu malu nak duduk sensorang so dia panggil sorang suruh duduk dgn dia. Haha comel je time tu. Lepas Afiqah duduk sebelah cikgu kitorang bawak keluar kek, nyanyi lagu happy birthday untuk cikgu ramai ramai :') Cikgu cam terkejut gila pastu cikgu tutup muka sebab malu, haha seriously cikgu memang comel :3









Okay lepas dah potong kek apa semua, diorang letak kek dekat luar. Then cikgu suruh semua masuk dalam sebab cikgu nak bagi speech sikit. Cikgu ada cakap 'sepanjang saya jadi guru kelas, kelas kamu lah yg paling best yg pernah saya dapat'. Seriously air mata aku dah bertakung kot masa ni. Tapi takkan nak nangis depan depan pulak en? Cover cover, lol. Sumpah terharu dengar cikgu cakap macam tu. Lepastu lagi satu cikgu cakap kitorang ada teamwork. Yes, aku perasan kelas kitorang ni awesome sangat sebab ada teamwork. Even ada gaduh gaduh semua tapi last last mesti semua setuju jugak :')

Lepas cikgu bagi speech, diorang semua suruh ketua kelas a.k.a yoon pulak bagi speech. Dia cakap gelak gelak bagai eee aku tumbuk muka tu tahu ah -__- Dah habis speech cikgu suruh muiz baca doa makan, pastu en pastu en haha ok ni sumpah lawak. Dia pergi baca doa belajar! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! Sumpah semua gelak gila gila time ni, cikgu pun gelak sama. Hahahaha muiz muiz, kau buat lawak eh. Lol.




Lepas doa kitorang terus serbu meja makan. Wuuuuu banyak gila makanan weh, sampai tak terlarat kitorang nak habis kan semua. Habis makan je semua bangun perut mcm tengah pregnant, buncit hahahahahahaha! Then aku dgn aida paling last makan sebab tak larat, so kitorang makan slow gila. Muka aida dah mcm orang tengah lawan siapa makan paling banyak je, lol.











Diorang buat rumah afiqah mcm rumah sendiri doh, lari sana lari sini, baring lah, main game lah. Lepastu dalam 4.30 mcm tu cikgu balik. Tapi kitorang still lepak lagi. Best wohh, satu kelas datang. Takde sorang pun tertinggal dekat rumah and takde sorang pun orang luar. Pastu ambik gambar banyak banyak :p Sumpah semua cam gila doh dalam rumah tu







Before cikgu balik, cikgu suruh kitorang kemas kemas dulu. So time ni lah diorang tapau makanan lebih semua, sapu sampah, mop lantai. Berebut semua nak bawak balik kek. Aku je tak bawak balik pape, pemalas en aku? Lol k dah diam



Tudung sakai, malas nak betulkan :p





Beruk manakah ini? Anda tahu? Sila text saya, terima kasih :p

Pekerja DEM, akan datang...


Dalam rumah tu ada 3 zon, satu zon main game, satu zon gosip and lagi satu zon cerita hantu. Haha bangang bangang je. Semua cam tukar tukar tempat, kejap pi sana kejap pi sini. Lepastu last sekali kitorang dengar cerita hantu but ok taknak lah cerita dekat sini kan. Tapi time fahmi tengah cerita tu tetiba ada orang lalu dekat sebelah aku pakai telekung. Aku dah terkejut gila babs dah time tu. Dah ah lampu semua tutup kot. Pastu dia pusing rupanya isma. Eeeeee bebekk punya isma! Buat cuak satu rumah je T.T Nasib baik lah dia pusing, kalau dia tembus dekat dinding tu cemana? Mesti aku dah lari keluar dulu dah. Haa tu dah jadi cerita lain dah...




Bebekk main game bola pakai helmet -__-

Ni isma, mmg tak seram kan? -_-



Then lepas habis cerita hantu semua balik.........

P/S
Sorry ah kalau kek aku buat tu tak sedap. First time ever kot aku buat sendiri tanpa dibantu, ecehh :p Mula mula aku pun mcm tak yakin je nak buat, tapi bila fikir balik ermm takpe lah untuk cikgu :') Act mak aku salah bagi cream, that's why cam lembik je u__u Seriously aku penat gila dua hari tu. Khamis tu balik sekolah je terus pergi klinik teman cousin aku pergi cuci luka. Balik tu buat kek, then tuition, then ada tahlil, then sambung buat kek. Yoon dgn cha datang, aku asyik keluar masuk rumah je. Rasa bersalah je haritu, sorry korang :/ Semalam pulak sama je balik sekolah kelam kabut siapkan kek, then pergi rumah afiqah, balik rumah parents bising sebab dapur bersepah gila hehe :p Haritu tak sempat kot nak kemas :/

TAPI, even aku penat bagai aku still rasa happy gila semalam sebab dapat LEPAK dengan korang. Sumpah korang classmate PALING AWESOME! Yeah korang awesome sangat. Lagi awesome dari 3 pesona 2010! Haha sayang korang sangat sangat! Gonna miss this moment so damn much :') You guys are the best classmate ever! Kita dah macam adik beradik kan? Bersyukur sangat sebab tahun last sekolah ni aku dapat classmate mcm korang, sumpah aku appreciate gila. Thanks for the memories :')

And and thanks afiqah sebab bagi kitorang pinjam rumah, seronok sangat lepak rumah kau hihi. Hope lepasni boleh buat jamuan mcm ni lagi :3

Alamak terbanyak pulak aku bebel harini u__u

I'm sorry I'm sorry I'm sorry I'm sorry

That's all, bye and assalamualaikum.

 We Are Pesonarians! :3




Kalau suka sila lah like , thank you :)