Saturday, March 23, 2013

Alhamdulillah :')

Assalamualaikum,

Okay firstly sorry sebab dah lama gila gila gila tak update blog, hmm busy :( Lepas habis spm haritu aku terus kerja. Kerja kerja dan kerja, sampai takde masa untuk diri sendiri, sedih... So aku decide nak berhenti. Dah dua minggu dah aku tanam anggur kat rumah. Tengok lah blog aku ni, tak habis update lagi sebenarnya. Tapi tapi,, erm biar je lah. Ada masa nanti baru sambung kay.

Hmm pejam celik pejam celik dah ambik result SPM dua hari lepas. Wahhh seronok betul kan dapat jumpa kengkawan semua. Aku semangat gila bangun, pukul 8.30 dah bangun. Haa awal tak? Haha abah awal, poyo lebih -__- Sampai sekolah pukul 10. Tunggu laki aku bukan main lama lagi, sampai aku dah mengamuk baru nak datang. Padahal rumah depan sekolah je. Sampai becak aku tunggu.

Then dalam 10.20 baru dia sampai. Masuk sekolah sesama, wahhh excited betul en. Gi jumpa kengkawan semua, walawehhh rindu gila bhaiii. Nak dekat 4 bulan kut tak jumpa, haa lama en en. Pastu aku dah kelaparan gila, yg lain semua macam 'takut doh, takde selera nak makan'. Hekeleh lekk ah, lapar tetap lapar kayy. Makan untuk hidup!! Then aku pun dengan muka toya nya, makan roti aku beli before gi sekolah tadi. Tu pun tak kenyang lagi tu, tapi sabar je lah en. Tunggu lepas ambik result baru sambung makan.

Sorang sorang budak kelas aku sampai. Hampir semua pakai baju biru, sebab nya cikgu kelas kitorang pakai baju biru gak. Then jumpa cikgu Laili (guru kelas), salam pastu peluk peluk. Tetiba time cikgu peluk aku dia cakap tahniah banyak kali. Aku terus cam 'eh kenapa ni cikgu, jangan lah buat saya takut' pastu cikgu cakap 'takpe takpe, tunggu je nanti'. Pastu cikgu cakap ada sorang budak kelas kita naik pentas. Mula mula aku expect siva, tapi cikgu kata perempuan. Bapak ah sumpah dah cuak gila time tu. Cikgu pulak asyik senyum senyum je pandang aku. Seram gak sebenarnya, lol.




Before ambik result, berseronok dulu :3
photo by: Suhailah Jamaluddin. Thankss sue comel, saaaayang kau! Muahhh :*

Dalam 11.20 baru lah diorang start umumkan pelajar cemerlang. Mula dari 7A sampai lah 9A. 12 orang je yg dapat naik pentas. Start dari yg 12 tu aku dah cuak gila babs. Tengok diorang ambik result atas pentas, seronok je. Dalam hati 'parents diorang mesti bangga'. Tengok diorang peluk mak semua. Wahhh nak meleleh air mata aku, cepat cepat ambik tisu. Then sampai orang ke lapan 'kut', tah aku tak ingat dah, dari kelas kitorang, 5 persona. Time tu cikgu dah pesan, nanti cikgu nak peluk pelajar yg dapat tu. Pastu cikgu ajak semua sekali peluk reramai. Aku pun macam, haa okay cikgu. Pastu cikgu dah duduk sebelah aku tapi menghadap belakang. Aku expect mungkin budak tu ada kat belakang aku. Then tetiba....jeng jeng jeng.......haaa nama aku naik!! Haha memang terkejut gila sampai tak terkata aku. Peluk cikgu, peluk kengkawan semua. Nangis nangis haa. Naik pentas terus peluk datin. Something I never expected! Aku target 1A je weh! Satu je! Haa memang seronok gila. Turun pentas terus kena serbu dgn adik aku dgn Liya. Adik aku nangis lagi teruk dari aku ha. Aku pun dah turun tu rileks je. Rupanya liya dah tahu dulu result aku, afiqah pun!! Haa mana aciiii! *hentak kaki*

So ini lah dia result aku...english B+ haha malunyaa. Tapi lagi malu kalau agama yg B 

Lepastu cikgu panggil, pergi dekat cikgu then peluk semua kengkawan. Ya Allah Alhamdulillah, terima kasih ya Allah :') Trial haritu pun aku dapat 1A je. Bersyukur sangat. Tapi yg paling seronok addmath dengan maths aku A+ hewhew. Rasa nak lompat lompat, haha. Tak sangka finally addmath dgn maths boleh dapat A+. Alhamdulillah. Seronok dapat buat cikgu senyum, seronok dapat buat parents senyum, seronok dapat buat semua senyum. Pastu malu gila pergi mana mana semua cakap tahniah tahniah. Fuhh tak pernah lagi rasa macam ni u__u
Abaikan tudung aku, dah teruk sebab kena peluk -___-

Ni cikgu Laili, comel kan? Hihi saaayang sangat dengan cikgu :)

Balik tu yoon ajak aku gi rumah dia. Duhh segan gila kut, pastu dia paksa paksa. Haihh last last ikut je lah. Dah sampai tu segan nak masuk, sebab kakak dia ada, mak dia ada, bapak dia ada. Aduhhh, stresss! *Gary* Masuk masuk terus salam kakak dia, mak dia. Haaa segannya lahh. Diorang tanya result aku, nanti nak sambung mana. Fuhh aku pun jawab lah dgn lemah lembut nya. Ecehh menyampah aku baca -__- lepastu nad dgn wawa datang. Lepak kejap pastu terus gerak ABC Seksyen 2. Yoon bawak kereta. Habis makan tu gi cafe dia jap pastu hantar diorang balik. Then kitorang keluar gi dating pulak, lol. Pergi subang je pun, yoon belanja wayang. Hihi thanks sayang :* Pastu time tengah tunggu wayang tu jumpa mia dgn hadi pulak. Amboii dating jugak ye korang, haha. Masuk wayang sama pulak tu, sumpah tak boleh bla. 

Balik tu mia dgn hadi tumpang. Keluar subang terus ayah call tanya bila nak balik. Haha aku lupa aku tak bagitahu result kat parents aku lagi. Sampai rumah je ayah bising 'kau ni dapat tah 2 3A je, celebrate nya bukan main'. Aku kasi slip tu terus dia diam. Heh ingat aku ni bengong sangat ke, sabar je lah dgn ayah ni. Bagitahu ibu, ibu cakap tahniah pastu ibu peluk. Hihi. First time dapat rasa macam ni. Seronok sangat :')

Tipu lah kalau aku cakap aku tak pernah harapkan semua ni. Seriously dari masa mula mula cikgu Laili masuk kelas, dia ada cakap dia nak tengok pelajar dia ambik result atas pentas. Time tu aku dah cam 'hmm bestnya kalau aku yg dapat naik pentas tu' seriously I've been waiting for this moment since I'm in form 3. Masa nak ambik ressult PMR dulu, seronok sangat tengok kengkawan dapat 6A ke atas. Aku je sesat 5A. Sedih, malu, menyesal, segan, semua ada. That's why aku cuba jugak buat yg terbaik last year. Tapi aku rasa tahun lepas takde lah aku study gila gila sangat, just simple. Tak terlalu addicted dengan buku and what so ever. Belajar belajar jugak, lepak lepak jugak, online online jugak. So macam sama je dengan orang lain. Tu yg semua tak expect aku dapat. Yela muka aku bukan muka budak pandai pun, muka budak malas ada lah. Btw aku pun tak expect kut -__- I keep staring on my slip, takut cikgu salah tengok ke kan. Heh teruknya aku, takde keyakinan diri langsung -__-

Anyway, congrats juga kepada semua calon SPM 2012. Sama ada yg dapat straight a's ataupun tak. Yang dapat tu alhamdulillah, yang tak dapat tu mungkin bukan rezeki korang. Mungkin rezeki korang ada kat tempat lain. Jangan give up kay? That's all for today, byeee :)




Kalau suka sila lah like , thank you :)