Friday, February 21, 2014

Berhijab atau bertudung?

Assalamualaikum,

Okay semalam aku belajar something dari kelas writing puan nora. She asked us to give one fact in our class. Dia tanya sorang sorang, sampai lah ke baim. Baim punya fact 'All girl in the class wear hijab'. Then puan nora cakap, its not a fact. Even memang semua budak perempuan class aku pakai tudung. Then kitorang macam, eh kenapa?

'Everybody wears tudung, but not everybody wears hijab'. Why?

Tudung, memang semua orang boleh pakai tudung. Sebab you wear tudung because you just want to cover your hair kan? Setakat nak cover rambut dan kepala. Konon nak tutup aurat, eh? Lagi lagi sekarang ni dah macam macam tudung ada. Tudung yuna lah, tudung siti lah, tudung najwa latif lah. Ish tak faham betul aku. Paling aku tak faham dengan tudung sarung yang 3 layer pastu pendek, like seriously? Pakai tudung nak bergaya ke nak tutup aurat ke apa sebenarnya? Elok elok dulu pakai tudung tutup dada semua, then sebab trend semua benda berubah. Makin lama makin cetek pemikiran orang sekarang ni. Ya Allah mintak dijauhkan.

Hijab, bukan semua orang berhijab. Ramai orang ingat hijab ni sama macam tudung ke shawl ke selendang ke apa ke yang bermaksud tutup kepala jugak. Tapi sebenarnya hijab ni kalau kita pakai tudung tu lepastu kita letak tangan macam nak solat dekat perut, tudung tu boleh cover tangan kita. Okay senang cerita kalau kita pakai tudung bidang 50 or 60 something lah. Tu baru hijab namanya. Kalau nak tahu korang berhijab ke tak, try lah letak tangan kat perut macam nak solat tu, tengok tangan boleh cover ke tak. That's why bukan semua orang berhijab. 

Jadi anda di tahap yang mana?

Sama jugak macam perempuan dan betina. Dua dua jantina sama, tapi maksud berbeza. Kalau perempuan ni selalunya yang orang cari untuk dibuat calon isteri, yang baik, jaga adab, jaga akhlak, tunduk bila lalu depan orang tua, jaga pandangan mata dari yg bukan maharam, lemah lembut. Kalau betina pulak yang orang cari untuk dibuat main, yang suka pergi kelab, kasar, yang gelaknya tak ingat dunia, yang tak jaga pandangan mata dengan yg bukan maharam, yang tak menjaga akhlaknya, yang tak menjaga adabnya, dan bukan calon isteri yg baik.

Beza pulak dengan isteri dan bini. Kita selalu dengar orang cakap bini kau bini aku. Padahal diorang tak tahu bini tu apa. Perempuan dipanggil isteri apabila mereka betul betul melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri macam hormatkan suami, dengar cakap suami, buat kerja rumah, jaga anak anak, jaga rumah tangga dengan baik. Perempuan yg dipanggil bini pulak jenis isteri yg tak hormatkan suami, tak dengar cakap suami, keluar rumah tanpa izin, abaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri, tak buat kerja rumah dan yg sama waktu dengannya.

Beza lelaki dan jantan. Lelaki ni selalunya yang orang cari untuk dibuat calon suami. Lelaki ni sama jugak macam perempuan tadi, yang baik, jaga akhlak, jaga pandangan mata, jaga adab, hormatkan orang tua. Jantan pulak orang yg kaki lepak dekat kelab malam, suka tukar awek, mata sentiasa meliar, akhlaknya tak terjaga. Kita mesti lah nak calon suami yang baik kan? Jadi kena lah cari lelaki dan bukan jantan.


Okay tu je untuk harini. Maaf kalau ada yang terasa, tak berniat untuk membuat sesiapa terasa. Hanya ingin berkongsi ilmu. Have a nice day. Peace 




Kalau suka sila lah like , thank you :)