Monday, January 11, 2016

Nak awek?

Assalamualaikum wahai stalker ku yg tercinta, lols. Tadi i terjumpa satu tweet ni dia kata
 'rasa nak ada awek tapi tengok kawan sendiri pun serabut dgn awek'

Adoii kau nak awek tu takyah nak serabut serabut lah. Sebab dia jadi serabut bila kau takde give and take. Tak kisah lah lelaki atau perempuan pun. Contoh....
kau kongkong dia ke,
asyik dia kena dengar cakap kau ke,
kau taknak dengar pendapat dia ke,
kau paksa dia ikut cakap kau ke,
takde bertolak ansur ke.

Tu lah sebenarnya penyebab jadi serabut tu.

Kawan aku ramai je yg ada bf. Tapi elok je diorg sampai skrg. Satu sebab,
sebab bf diorg tak layan diorg macam bini lagi. Layan special tu takde masalah. Takyah nak over macam dia bini kau! Dia belum tentu lagi jodoh kau.

Kita ni mmg lah seronok ada bf, tapi jadi tak seronok kalau bf tu macam nak gantikan tempat parents kita pulak. Padahal parents kita pun rileks je. 
Ha engko nak keluar jgn balik lambat! 
Elok elok keluar tu.
Dah sampai call ibu/ayah.
Siap parents pun percaya dekat bf kita! 

Engko pulak yg lebih lebih taknak bagi dia keluar. Engko laki dia ke? Ha sentap

Perempuan ni hati dia lembut. Nak tegur tu jangan lah dgn cara yg kasar, marah marah, paksa paksa, kami tak suka. Korang cakap itu ini kami dengar je sebab kami sayang awak. Tapi at last macam kami je yg nak jaga hati awak, awak tak jaga hati kami.

Ye tahu lah kau sayang dia, dia cantik. Kalau betul nak jaga dia, ambil dia jadi isteri cepat cepat. Tu je. Jgn hancurkan life dia dulu, then bila dah bosan awak tinggalkan dia. Dia yg sakit tau.

Couple ni mmg haram, tapi kalau betul nak jadikan someone tu isteri tunjukkan lah awak betul betul nak dia. Bukan dgn cara kongkong awak tu. Takkan bahagia pun. Ingat, kepercayaan tu penting! Kalau sayang, percaya dia.

Satu lagi, susah betul nak jumpa lelaki yg betul betul boleh jadi pendengar setia perempuan. Perempuan ni suka bercerita, bila nak kahwin dia nak cari lelaki yg boleh dia kongsi semua cerita. 

Bukan asyik dia je dengar cerita awak! Dan tolong lah faham dia, jadi kawan dia.! Ada masa dia susah, sedih. Just be there. Kalau dia tak suka, jangan paksa! Cakap elok elok je boleh, nnt lama lama dia lembut hati.

Kalau engko paksa sampai kesudah lah dia sakit hati dgn engko.

Nabi dah kata dalam hadis yg diriwayatkan Abu Hurairah dalam Sahih al Bukhari, 
"Wanita itu bagaikan tulang rusuk yg bengkok. Jika kita berkeras dalam mendidiknya, maka dia akan patah. Jika kita tak mendidiknya dia akan terus membengkok dan membawa padah. Maka, didiklah mereka dgn penuh sabar dan taqwa."

Tak susah pun kan? Lelaki tak perlu nak ego sangat. Kawal marah tu. Macam mana nak jadi ketua keluarga kalau marah pun awak tak boleh nak kawal. Kan? 

Jodoh kita tu cerminan diri kita tau. Buruk kita, maka buruklah jodoh kita. They will treat you the way you treat them. Jadi jangan lah marah kalau dia jadi macam awak. Sebab,

'Sentiasa ubah diri sendiri dahulu sebelum mahu orang lain mengubah diri mereka. Yang baik itu harus didahulukan dari hati sendiri.'

Kalau dia degil tu makna nya kau pun degil. 

Kalau awak tak bagi dia buat itu ini, awak pun jgn lah buat. Kalau tak macam mana dia nak ikut cakap awak. Nanti dlm hati dia kata 'Eh dia buat boleh kenapa aku tak boleh'

Sebab takde istilah kau lelaki kau boleh, aku perempuan aku tak boleh.
Lelaki ke perempuan ke masing masing ada keinginan tau. Kita sama sama manusia. (except yg dah kahwin, kena ikut cakap suami)

Jadi tepuk dada, tanya lah hati kita sendiri. Sudah cukup baikkah kita ini untuk mencari yg lebih sempurna? Sentiasa lah muhasabah diri ni. Hargai apa yg ada depan mata.

Jangan sebab engko sorang perangai mcm tu semua orang ingat ada awek ni buat serabut. Engko tu yg buat serabut diri sendiri sebenarnya. 

Ok lah tu je hakak nak cerita, assalamualaikum.



Kalau suka sila lah like , thank you :)