Tuesday, July 5, 2016

Esok raya!

Assalamualaikum, haiii! Sekejap nya masa berlalu, pejam celik pejam celik esok nak raya dah! Wow. Ok tak. Takde lah pejam celik sangat pun. Merangkak jugak lah nak menghabiskan sebulan ni dengan test, assignment, presentation, report and and yg paling pening sekali final exam beb! Maleh nak cite pasal final ni sebab rasa macam bakal repeat je huhu :( Eh taknak taknak, ya Allah moga lulus lah hendaknya.

Alhamdulillah alhamdulillah dapat jugak kita jumpa bulan Ramadhan tahun ni. Dah sampai ke penghujung dah pun. Ya Allah, this was my first different kind of Ramadhan ive been. The so new me, really. Banyak sangat dugaan bulan Ramadhan ni, tapi alhamdulillah kita dapat lalui dengan izin Allah. Tak sabar nak raya ni kahkah. Eh ha jangan nak seronok sangat beb, lagi 2 minggu ada last paper hokayy. Jadi marilah kita enjoy dulu sementara masih ada masa ni :'D

Dan buat sesiapa yg mengenali diri ini. Kita mohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, kalau ada terkasar bahasa, tersalah kata, terguris hati sesiapa dan salah silap lain yg Allah je lebih mengetahuinya. Semoga bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini adalah lebih baik dari tahun yg sebelumnya insyaAllah. Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Annyeong!



Kalau suka sila lah like , thank you :)